Followers

ORDER FORM

WE ONLY SELL 100% ORIGINAL LOCAL OR IMPORTED HEALTH AND BEAUTY PRODUCTS. WE DONT SELL FAKE PRODUCTS FROM CHINA [even if some sellers claim products from USA, Japan..etc] WE CARE FOR OUR HEALTH AND YOURS TOO.
TO ORDER PLEASE FILL IN THE FORM BELOW. YOUR ORDER WILL BE PROCESSED IMMEDIATELY AFTER WE HAVE RECEIVED YOUR PAYMENT.
TO GET A BERRY SPECIAL PRICE, PLEASE SIGN IN AS OUR FOLLOWER. HAPPY AND SAFE SHOPPING!!!
THANKS

Disable Right Click

Disable Selection Text

MARY KAY- ENRICHING WOMEN'S LIVES

MARY KAY- ENRICHING WOMEN'S LIVES
I AM YOUR INDEPENDENT BEAUTY CONSULTANT

SECRET BEAUTY PRODUCTS

PENGUMUMAN PENTING!!

salam, ada seorang customer beli naturactor tp barang tu dikembalikan kpd akak...dia beli melalui email...masalahnya x dpt nk trace siapa hamba Allah tu...kalau ada sapa2 yang buat belian melalui email..and sampai skrg belum dpt, sila sms/call akak ye...thanks


Saturday, August 7, 2010

PETIKAN DARI AKBAR

Petikan Kajian dari UTUSAN MALAYSIA (Sumber)
ARKIB : 09/07/2000
Melada pahit sesuai untuk penyakit kulit dan cirit-birit

Kehidupan pelbagai jenis spesies tumbuhan di situ tetap subur dan menghijau. Ini termasuk tumbuhan herba yang dikenali sebagai melada pahit atau nama saintifiknya Brucea amarissina.
Ia merupakan tumbuhan herba jenis pokok renek dan berkayu. Paling tinggi ia boleh membesar antara lima sehingga enam kaki. Habitatnya pula adalah kawasan yang menerima cahaya matahari secara terus.
Daun melada pahit berbentuk halus dan bergerigi di bahagian tepi. Daun ini berwarna hijau muda dan berbulu halus tetapi bila sudah matang, warnanya berubah menjadi kekuningan.
Bagaimanapun, menurut Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, pokok ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba, khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi dan gigitan serangga berbisa.
Kata beliau, tumbuhan ini digunakan secara meluas oleh masyarakat Cina khususnya untuk merawat penyakit cirit- birit.
Caranya ialah dengan mengambil beberapa biji melada pahit yang sudah dikeringkan dan tumbuk sehingga lumat.
Bahan itu dibancuh dengan segelas air masak dan kemudian diminum. Tetapi rasanya amat pahit.
Penggunaan itu cukup berkesan sebagaimana yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dilakukan oleh sebuah syarikat Jerman, Merck pada tahun 1901.
Kajian di Institut Penyelidikan Perubatan di Taiwan menunjukkan bahawa terdapat beberapa bahan yang membunuh kuman yang menyebabkan cirit-birit (amoebic dysentery).
“Mereka menemui beberapa bahan yang boleh merawat penyakit cirit-birit pada biji dan kulit kayu,” kata Prof. Mohamed.
Terbaru sekali, beliau menambah, kajian sedang dijalankan di Hong Kong dan Thailand untuk mengekstrak bahan antikanser dari melada pahit.
Bagi merawat penyakit kulit dan gigitan serangga berbisa, Prof. Mohamed berkata, kaedah rawatan ini yang menggunakan daunnya banyak dilakukan oleh masyarakat Melayu dan Jawa.


Denggi: 16 mati dalam masa sebulan (sumber)
MELAKA 6 Feb. - Sebanyak 16 kematian akibat demam denggi dicatatkan di seluruh negara dari Januari hingga 4 Februari lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, jumlah itu meningkat daripada sembilan kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Katanya, jumlah kes denggi yang dilaporkan pula ialah sebanyak 6,240 berbanding 3,407 kes pada tempoh tersebut tahun lalu.
”Kes denggi setakat ini telah menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 55 peratus.
”Peningkatan ini tidak membimbangkan kerana jumlah ‘kawasan panas’ wabak denggi yang dilaporkan telah menurun kepada 44 daripada 54 kawasan sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas lawatan singkat ke Hospital Melaka di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya lagi, terdapat tiga kawasan baru wabak denggi iaitu dua di Shah Alam dan satu di Puchong.
Sementara itu, menurut Tiong Lai, Selangor masih mencatatkan jumlah denggi tertinggi dengan 3,245 kes diikuti Kuala Lumpur (590), Perak (526), Pulau Pinang (373), Johor (312), Sarawak (216), Kedah (183) dan Kelantan (164).
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment